Cerpen : Luka Sekeping Hati
Oleh : @tikah_94
BUNYI
jirusan air dari bilik mandi menyedarkan lena panjang Aimy Nisrina.
Perlahan-lahan matanya dibuka melihat keadaan sekeliling yang terasa
begitu asing. Derusan angin dari aircond meresap jauh ke badannya.
Sejuk!!! Itulah yang dirasakan saat itu. Aimy merasakan ada sesuatu yang
tidak kena ketika itu dan pantas dia tersedar. Dirinya kini dalam
keadaan tanpa seurat benang pun. Hanya ditutupi selimut yang tebal.
Mutiara jernih telah mengalir dari tubir mata. Dia bingung dengan apa
yang telah berlaku. Pantas dia cuba menggali semula memori yang telah
terjadi semalam.
Imbas kembali..
Aimy menyanyi kecil sambil
membawa satu beg plastik berisi barang keperluan rumah yang dibeli dari
kedai runcit berdekatan rumahnya. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah
keretanya yang diparkir agak jauh dari orang ramai. Tiba-tiba dia berasa
tidak enak. Perasaannya kuat mengatakan dia diekori ditambah dengan
bayang-bayang yang jelas kelihatan dalam sorotan lampu jalan. Aimy telah
ketakutan. Dia mempercepatkan lagi langkahnya. Apabila dia tiba di
kereta, dia memberanikan diri berpaling ke belakang untuk melihat
gerangan yang mengikutnya. Tiada!! Berkerut dahinya kerana dia berasa
amat yakin dengan apa yang dilihat namun perasaan leganya bertandang.
Mungkin hanya mainan perasaan.
Pantas dia berpusing ke hadapan
semula dan dia terus terkejut dengan kehadiran dua orang lelaki yang
tidak dikenalinya. Jejaka-jejaka itu pantas mengheretnya ke satu kereta
yang sememangnya telah sedia menanti. Aimy bertungkus-lumus melawan
namun apalah yang diharapkan dengan kudrat wanita miliknya. Puas dia
menjerit meminta tolong tapi ternyata ianya sia-sia kerana kawasan itu
amatlah sunyi.
“Woi pompuan, senyap sikit boleh tak. Kau jeritlah
kuat mana pun orang takkan dengar punya. Ikut je kami senyap-senyap,”
Salah seorang jejaka itu bersuara.
“Kau orang siapa? Lepaskan
aku. Tolong jangan apakan aku. Kalau nak duit cakap je berapa aku akan
kasi. Tolong lepaskan aku,” Aimy pantas bersuara. Merayu-rayu dirinya
minta dilepaskan. Kata-kata itu hanya mengundang ketawa dari kedua-dua
jejaka tersebut. Pantas dia di tolak ke dalam kereta dan tangannya juga
telah diikat. Kereta itu terus bergerak meninggalkan kawasan itu. Aimy
masih berusaha meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
“Kau duduk
diam-diam boleh tak. Kita orang nak bawa kau pergi ke syurga. Mesti kau
suka nanti, haha. Bukak mulut cepat,” Kata-kata salah seorang jejaka
tersebut mengundang ketawa yang lain. Aimy semakin kecut. Dirinya cuba
diberi minum cecair yang dia sendiri tidak tahu apa bendanya. Dia cuba
melawan namun tidak berjaya apabila mulutnya dibuka oleh seorang lagi
teman lelaki itu. Setelah beberapa minit, dia sudah hilang kewarasan.
Apabila lelaki-lelaki itu ketawa dia turut ketawa sama. Kejadian selepas
itu sudah tidak dapat diingati. Dan kini dia telah berada di sini.
Lamunannya terganggu dengan suara yang menyapa.
“Baguslah kau dah
bangun. Malam tadi memang indah. Tak sia-sia aku upah orang culik kau,”
Selamba kata-kata yang meluncur laju dari mulut seseorang jejaka yang
langsung tidak dikenalinya. Jejaka itu dengan selamba duduk di birai
katil berdekatan dirinya. Aimy semakin ketakutan. Perlahan-lahan dia
mengengsotkan dirinya ke hujung katil. Semakin lebat air mata yang
mengalir. Aimy benar-benar bingung ketika itu.
“Kau siapa? Kenapa
kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Aku tak kenal pun kau siapa.
Kenapa mesti aku?” Bertalu-talu soalan yang disoal oleh Aimy dengan
sebak. Dia benar-benar berasa sedih. Mahkota kewanitaannya telah diragut
oleh insan yang langsung tidak dikenali. Soalannya hanya disambut
dengan ketawa panjang. Jejaka itu tidak pantas menjawab namun dia
kembali bangun dan menyarungkan semula pakaiannya kebadan.
“Memang kau tak salah. Kau tak kenal aku siapa. Cuma satu je silap kau.
Kau tu tunang atau lebih tepat lagi bakal isteri kepada Dani Arfan!!
Kalau kau takde kena mengena dengan dia aku takkan usik kau,” Jejaka itu
menjawab sejurus selesai berpakaian. Mukanya menggambarkan perasaan
dendam yang membara apabila nama Dani Arfan disebut. Aimy pula semakin
tertekan. Dia tidak faham dengan apa yang berlaku. Apa kaitannya menjadi
tunang kepada Dani Arfan dengan apa yang telah terjadi.
“Aku tak
tau apa salah Dani kat kau tapi kenapa aku yang jadi mangsa. Kau memang
jantan sial!!” Aimy telah kerasukan. Dia terus membaling pasu yang
berada di sisi katil ke arah jejaka itu. Jejaka itu yang terkejut pantas
mengelak. Namun senyuman sinis terukir kembali. Dia berasa puas dengan
apa yang dilakukan. Perempuan itu memang cantik. Tidak sia-sia dia
merosakkan gadis itu. Dia puas kerana terasa dendamnya telah terbalas
dengan apa yang Dani lakukan kepadanya dulu.
“Haha, aku tak ada
masa nak cerita apa yang celaka tu buat dulu. Tapi apa yang jelas silap
kau cumalah sebab kau tu tunang dia,” Dia membalas selamba. Aimy
bertambah sakit hatinya mendengar.
“Berambus kau jantan sial. Aku
benci tengok muka kau. Jangan kau tunjuk muka kau depan aku lagi kalau
kau tak nak mampus. Pergi,” AImy menempik sekuat hati.
“Memang
aku nak blah dah pun. Nah!! Bayaran terhadap layanan kau malam tadi,”
Jejaka itu tanpa perasaan melemparkan beberapa not ke atas katil sebelum
melangkah keluar dari bilik itu. Esakan Aimy bertambah kuat. Dia
merasakan masa depannya kini telah gelap. Buntu dia memikirkan apa yang
perlu dilakukan. Perkahwinannya hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Bilik
itu kembali gamat dengan suara jeritan dan esakan dari Aimy.
____________________
AIMY
melangkah longlai memasuki rumah sewannya. Dirinya benar-benar
berserabut ketika itu. Alyaa memandang hairan ke arah temannya. Sudahlah
temannya itu tidak pulang seharian dan kini dia pulang dengan menaiki
teksi. Aimy terus melangkah lemah ke dalam biliknya di tingkap atas.
Kehadiran Alyaa langsung tidak dihiraukan. Alyaa terus memerhatikan
temannya itu. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena telah
berlaku. Keadaan Aimy ketika itu amat teruk sekali dengan matanya yang
jelas kelihatan sembab. Dia terus ke bilik temannya untuk menyoal
siasat. Sebaik tiba di tingkap atas Alyaa terkejut. Dirinya jelas
mendengar hempasan kaca dari bilik itu disusuli jeritan dan tangisan
dari Aimy. Pantas dia cuba membuka bilik teman baiknya namun tidak dapat
kerana telah dikunci dari dalam.
“Aimy, bukak pintu ni. Kau
kenapa? Jangan macam ni Aimy. Kau buat aku bimbang. Aimy bukak pintu
ni,” Alyaa cuba memujuk temannya itu namun langsung tiada respon.
Sebaliknya dia kembali mendengar hempasan kaca bertalu-talu. Alyaa
semakin bimbang. Pantas dia ke biliknya untuk mengambil kunci spare.
Sebaik pintu berjaya dibuka dia terkejut beruk. Aimy ketika itu dilihat
sedang cuba menoreh pergelangan tangannya menggunakan cebisan kaca yang
pecah. Dia bertindak pantas menarik tangan Aimy namun kaca itu telah
terkena pada lengannya. Kesakitan pada lengannya langsung tidak
dihiraukan sebaliknya dia lebih bimbang pada Aimy.
Aimy jelas
terkejut dengan tindakan drastik Alyaa. Dirinya jelas melihat titisan
darah yang mengalir dari luka pada tangan Alyaa. Dia berasa amat
bersalah. Air matanya semakin laju menuruni pipi. Perlahan-lahan dirinya
jatuh terjelepok di depan sahabatnya yang sejak dulu susah senang
sentiasa bersamanya. Esakannya kian bertambah membuatkan Alyaa bertambah
sayu. Alyaa tahu sesuatu yang buruk telah menimpa temannya kerana dia
kenal Aimy bukannya jenis pemberontak. Dia juga terus melabuhkan
punggung di hadapan sahabatnya.
“Aimy. Kenapa ni? Kau ada masalah
ke? Ceritalah dekat aku. InsyaAllah aku boleh tolong kau. Jangan pendam
sorang-sorang. Aku tak boleh tengok kau macam ni,” Alyaa memujuk lembut
sahabatnya. Air matanya turut mengalir melihat keaadaan sahabatnya yang
tidak terurus. Kesakitan pada tangan langsung tidak dirasai. Aimy
teresak-esak mendengar kata-kata sahabatnya. Pantas dia memeluk Alyaa
cuba meminjam kekuatan dari gadis itu.Dia terasa amat lemah sekali.
“Lya, tolong aku. Hidup aku dah hancur Lya. Aku rasa nak mati. Aku dah
tak tahan lagi,” Aimy berkata sebak. Alyaa pula terkejut.
“Kenapa
ni Aimy. Tak baik kau cakap macam tu. Ingat Allah sayang. Ceritakan
dekat aku apa terjadi sebenarnya,” Alyaa berusaha menenangkan
sahabatnya.
“Aku…ak..aku kena ro..rogol Lya. Aku tak kenal jantan
tu. Tolong aku. Apa aku nak jawab dengan mak ayah aku. Majlis aku dah
tak sampai 3 bulan Lya. Aku tak tau nak buat macam mana. Tolong aku,”
Aimy menerangkan dengan suara tersekat-sekat. Alyaa telah membuntangkan
matanya. Amat terkejut mendengar kata-kata dari sahabatnya. Dia berasa
amat marah dengan apa yang menimpa Aimy. Terasa ingin membunuh jantan
yang memusnahkan hidup sahabatnya itu.
“Ya Allah Aimy. Siapa
jantan tu? Cakap dekat aku. Kita buat report polis yea,” Alyaa berkata
sambil mengusap-ngusap belakang Aimy. Dia tahu perasaan gadis itu.
“Ta…tak boleh. Aku tak nak. Nanti apa aku nak buat kalau ayah aku tau.
Satu lagi aku tak kenal pun siapa jantan tu. Nama pun tak tau. Yang
pasti dia mungkin kenal Dani. Tolong aku Lya,” Aimy masih terusan
menangis. Alyaa pula semakin buntu. Dia mengakui semua kata-kata
sahabatnya.
“Macam nilah. Aku nak kau tenang dulu. Janji dengan
aku jangan nak buat sesuatu yang bodoh. Nanti kita fikirkan semula apa
yang perlu dilakukan. Kau jangan sedih. Aku tak boleh tengok kau macam
ni. Aku janji susah senang aku akan sentiasa ada belakang kau. Aku
takkan sesekali tinggalkan kau,” Alyaa berkata ikhlas sambil terus
memeluk sahabatnya. Aimy hanya mengangguk-ngangguk di dalam pelukan
Alyaa. Dia tahu keikhlasan sahabatnya itu. Dia bersyukur dikurniakan
sahabat sebaik Alyaa Najihah.
________________________
JERITAN
kemarahan begitu jelas kedengaran dari rumah teres dua tingkat milik
En.Bakri. Kata-kata anaknya itu amat mengejutkan dirinya. Aimy telah
memintanya untuk memutuskan pertunangannya dengan Dani sedangkan majlis
itu hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Benar-benar tak masuk akal!!
“Kau jangan nak main-main Aimy. Aku takkan benarkan kau putuskan
pertunangan dengan Dani. Lagi 3 minggu. Macam mana aku nak jawab dengan
Tengku Majib nanti. Dah, kata aku muktamad. Kau tetap kena kahwin jugak.
Kalau kau nak tengok aku mati kau buatlah,” En.Bakri bersuara sedikit
mengugut. Isterinya Pn.Aisyah sekadar mendiamkan diri. Aimy pula telah
teresak-esak. Dia benar-benar tidak tahu membuat macam mana lagi untuk
memutuskan pertunangan tanpa relanya. Sudahlah dirinya dulu dipaksa
bertunang dengan Dani Arfan. Ayahnya itu telah terhutang budi dengan
keluarga Tengku Majid kerana telah membantu melangsaikan hutang
syarikat kecil milik keluarganya dan dirinya menjadi galang ganti.
“Ayah tak adil. Dulu ayah jugak yang paksa Aimy terima Dani. Kenapa
mesti Aimy yang kena. Ayah memang kejam. Sebab terhutang budi dengan
keluarga Dani, Aimy pulak yang kena jual,” Aimy bersuara lantang.
Kata-kata itu telah menyemarakkan lagi kemarahan En.Bakri. Tanpa
perasaan, dia menampar pipinya anaknya. Aimy memegang pipinya yang
sakit. Air mata kembali mengalir. Puan Aisyah telah membuntangkan
matanya.
“Apa ni abang. Dah melampau dah ni. Abang tak sepatutnya
tampar Aimy. Dia anak abang jugak,” Pn.Aisyah menegur kelakuan suaminya
itu.
“Anak awak tu yang kurang ajar sangat. Dia dah lupa agaknya
kalau tak kerana bantuan Tengku Majid dulu kita ni dah hidup merempat,”
En.Bakri membalas kata-kata isterinya. Aimy pula tidak betah lagi di
situ. Dia tahu dia tidak boleh lagi berkata apa-apa. Ingin melarikan
diri dari rumah juga tidak mungkin. Ayahnya itu mempunyai sakit jantung.
Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada ayahnya. Perlahan-lahan
dia terjelepok di tepi katilnya.
‘Ayah tak tahu apa yang terjadi
sebenarnya. Aimy tak boleh kahwin dengan Dani. Aimy dah tak suci yah.
Apa Aimy nak jawab nanti pada masa akan datang. Ya Allah tolong aku,’
Aimy merintih pilu sendirian.
_______________________
TENGKU
AKIF AMSYAR menyandarkan dirinya pada kerusi di balkoni biliknya.
Pelbagai persoalan yang berada di benaknya ketika itu. Tiba-tiba dia
teringatkan peristiwa yang telah berlaku 2 bulan yang lalu. Masih
terngiang-ngiang esakan dan jeritan dari gadis yang dirogolnya itu. Dia
tahu dia bersalah. Namun dia tetap berasa puas. Dendamnya pada sepupunya
sendiri iaitu Tengku Dani Arfan telah berbalas. Puas hatinya kerana
berjaya menjadi insan pertama menyentuh bakal isteri lelaki itu.
Dendamnya pada Dani tidak pernah surut lantaran kerana lelaki itulah
Maria iaitu wanita pujaan hatinya semenjak zaman universiti meninggalkan
dirinya. Masih terbayang-bayang kelakuan Dani dan Maria yang bercumbuan
di depan matanya sendiri. Sakit hatinya tiada siapa yang tahu.
Perkahwinannya bersama Maria terpaksa dibatalkan lantaran wanita itu
telah memilih Dani. Namun belum sempat mereka berkahwin, kemalangan yang
terjadi pada Dani dan Maria telah meragut nyawa wanita itu. Dani telah
terselamat. Akif tetap tidak berasa puas kerana dendam telah membajai
hatinya. Berita perkahwinan antara Dani dan Aimy mengejutkan dirinya.
Dia menggunakan peluang itu untuk membalas dendam. Aimy Nisrina. Gadis
itu menjadi mangsa hanya kerana dia tunang kepada Dani Arfan!!! Akif
mengeluh lagi. Entah mengapa dia berasa amat sukar membuang wajah lembut
itu dari kotak fikirannya. Tangisan dari gadis itu agak menyentuh
hatinya namun egonya mengatasi segalanya.
‘Arghh… Aku tak
sepatutnya memikirkan hal ini lagi. Aku sepatutnya happy sebab dendam
aku dah berbalas,’ Akif berbisik sendirian sambil terus tersenyum.
Pantas dia melangkah masuk semula ke dalam biliknya. Masih banyak
barangnya yang perlu dikemaskan. Esok dia akan Amerika kerana akan
menguruskan syarikat keluarganya di sana. Dia tidak teringin menghadiri
majlis perkahwinan sepupunya itu.
‘Entah-entah tak jadi kahwin nanti baru padam muka kau,’ Akif terus berkata sinis.
_____________________
SUASANA
di rumah En.Bakri riuh dengan suara orang ramai. Malam itu,majlis akad
nikah akan diadakan. Aimy yang berada di dalam biliknya berasa gelisah.
Dirinya berasa pening. Tidak sanggup dia menghadapi saat itu.
Perlahan-lahan dia memicitkan kepalanya. Rasa mual kembali menyapa. Aimy
berasa bimbang. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada
dirinya. Dia berasa amat takut memikirkan kemungkinan itu. Alyaa yang
menemani rakannya itu berasa kasihan. Dia tahu gelodak hati rakannya
itu. Dia sendiri tidak dapat membantu apa-apa lagi.
“Lya, aku
takut. Aku tak sanggup,” Aimy terus mengadu. Alyaa sekadar mengusap
belakang rakannya itu. Muka Aimy jelas kelihatan pucat walaupun telah
dihiasi mekap.
“Istighfar Aimy. Sabarlah. Kau kena tenang,” Alyaa
memujuk perlahan. Perbualan mereka diganggu dengan kehadiran Pn.Aisyah
dimuka pintu.
“Aimy dah sampai masanya. Jom keluar,” Pn.Aisyah
mengajak anaknya itu keluar. Namun belum sempat dia berpaling jeritan
kecil Alyaa mengejutkannya. Aimy telah pengsan. Pantas dia menghampiri
anaknya itu. Jelas kelihatan muka anaknya yang begitu pucat. Keadaan
menjadi gamat dengan keadaan Aimy. Majlis akad nikah itu terpaksa
ditangguhkan. Mujurlah anak saudaranya Hanif Imran berada disitu. Hanif
bekerja sebagai doktor sakit puan. Setelah diperiksa, berita yang
diterima ternyata menggemparkan keluarga En.Bakri. Majlis akad nikah
pada malam itu terpaksa dibatalkan lantaran kehendak keluarga Tengku
Majid sendiri. En.Bakri telah naik berang. Dia benar-benar berasa malu
dengan berita yang diterima.
“Maaf. Kami terpaksa batalkan majlis
ni. Saya rasa En.Bakri sendiri fahamkan,” Tengku Majid berkata sejurus
menerima berita itu.
“Tapi, ma..” En.Bakri tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Dani terlebih dahulu menyampuk.
“Takde tapi-tapi lagi. Saya sendiri tak ingin memperisterikan perempuan
sundal macam anak En.Bakri tu. Tak rela saya nak jadi pak sanggup.
Entah anak jantan manalah dia kandung,” Dani membidas selamba. Dia agak
terkejut mendengar berita itu. Nampak je muka perempuan baik tapi
perangai macam pelacur. Dani terus tersenyum sinis.
“Kau. Dah
pergi dari rumah aku. Pergi!!!” En.Bakri telah bengang. Perasaan malu
berganda-ganda di tambah dengan pandangan tetamu yang hadir. Setelah
kelibat keluarga Tengku Majid telah pergi, dia tidak berdiam diri lagi.
Pantas langkah diatur ke bilik anak yang telah memalukannya itu.
“Mana betina yang malukan aku ni. Dia dah sedar belum? Pergi, jangan nak
halang aku,” En.Bakri bersuara apabila isterinya itu cuba menghalang.
Dilihat Aimy ketika itu terpisat-pisat matanya kerana baru sahaja sedar.
Aimy melihat keadaan sekeliling. Berkerut dahinya melihat ayahnya yang
kelihatan berang sekali. Alyaa yang berada disisi katilnya telah
mengalirkan air mata. Sedih memikirkan nasib sahabat baiknya.
“Lya, apa yang dah jadi.Aku pengsan ke tadi?” Aimy menyoal pantas. Namun
belum sempat Alyaa menjawab rambut Aimy telah ditarik kuat oleh
ayahnya. Semua yang melihat ternyata terkejut. Alyaa dan Pn.Aisyah cuba
menghalang En.Bakri yang sudah kerasukan namun tidak berjaya.
“Kau tanya apa dah jadi. Kau tau tak kau dah malukan aku. Dasar anak tak
kenang budi. Cakap dengan aku siapa bapak budak yang kau kandung? Cakap
cepat!!” En.Bakri menjerit kuat sambil terus manarik rambut Aimy.
Jeritan kesakitan anaknya langsung tidak berbekas pada hatinya. Aimy
yang mendengar kata-kata ayahnya telah membuntangkan matanya. Air hangat
terus bergenang pada kelompak matanya. Apa yang dia takutkan
benar-benar terjadi.
“Ampunkan Aimy ayah. Ampunkan Aimy. Aimy tak
salah,” Aimy pantas bersuara sambil melutut memohon belas kasihan
ayahnya. En.Bakri yang mendengar semakin panas hatinya. Pantas dia
menarik semula tubuh anaknya itu. Sebiji penampar dihadiahkan ke pipi
Aimy. Terduduk Aimy di katil menerima tamparan ayahnya. Pn.Aisyah dan
Alyaa terkejut dan berasa takut dengan kemarahan En.Bakri.
“Dahlah tu abang. Ingat Allah. Aimy anak kita,” Pn.Aisyah memujuk
lembut suaminya. Belas hatinya melihat wajah sendu anaknya. Dia tahu
anaknya ada sebab tersendiri dengan semua yang berlaku. Alyaa pula telah
memeluk sahabatnya itu.
“Awak suruh saya sabar. Awak sedar tak
anak awak dah malukan kita. Dia mengandung anak luar nikah. Mana saya
nak letak muka saya ni. Malu tahu tak. Aimy baik kau cakap dekat aku
siapa bapak budak ni? Cakap cepat.Jangan nak selindung lagi,” En.Bakri
tidak termakan pujukan isterinya. Sebaliknya dia sekali lagi menarik
rambut panjang Aimy.
“Ayah sakit. Lepas yah. Aimy tak salah.
Betul Aimy tak tipu. Aimy tak tau siapa ayah anak ni. Aimy tak tau,”
Aimy masih merayu ayahnya.
“Betul pak cik. Aimy tak salah. Dia
tak kenal siapa lelaki tu. Lepaskan Aimy pak cik. Istighfar
banyak-banyak. Aimy ni anak pak cik,” Alyaa pula cuba memujuk. Dia
berasa belas dengan nasib yang menimpa rakannya. Kalaulah abang sulung
Aimy ada, pasti lelaki itu dapat menenangkan En.Bakri. Syaheem ketika
ini sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara.
“Kau tak
payah nak bela anak aku. Entah-entah kau pun sama macam dia. Baik kau
senyap. Kau Aimy jangan nak tipu aku. Kau cakap kau tak kenal dia tapi
boleh pulak kau layan dia. Kau sedar tak ni hah?” Semakin kuat tangisan
Aimy mendengar tuduhan ayahnya. Dia tahu walaupun dia berkata benar
ayahnya itu tetap tidak akan percaya.
“Sumpah yah. Aimy tak tipu.
Aimy tak kenal dia. Jantan tu yang rosakkan Aimy,” Kata-kata Aimy
ternyata menguji lagi kesabaran En.Bakri. Dia tahu anaknya melindungi
lelaki itu. Dia benar-benar sudah meragui kejujuran Aimy. Pantas dia
menolak Aimy ke belakang. Tolakan kuat itu ternyata mengundang padah.
Kepala Aimy telah terhantuk pada dinding batu bilik itu. Isterinya,
Alyaa dan saudara yang lain telah membuntangkan mata.
Aimy telah
terduduk di tepi dinding. Matanya terasa berpinar-pinar. Terasa cairan
hangat mengalir ke wajahnya. Kepalanya berdarah!!! Alyaa pantas
mendapatkan sahabatnya itu.Pn.Aisyah juga ingin membantu anaknya namun
terlebih dahulu dihalang suaminya. En.Bakri bertindak pantas. Beg yang
terletak di atas almari diambil. Lincah juga tangannya mengambil pakaian
di dalam almari anaknya dan dimasukkan ke dalam beg. Pn.Aisyah sekali
lagi terkejut dengan tindakan suaminya.
Setelah selesai, terus
dia mendapatnya Aimy yang masih dalam pelukan Alyaa. Dia mengheret
tangan anaknya ke luar rumah yang kini sedang hujan lebat tanpa belas
kasihan. Darah yang mengalir di kepala Aimy langsung tidak dihiraukan.
Pantas dia menolak anaknya di depan pintu pagar. Beg pakaian itu turut
dicampak.
“Ya Allah abang. Jangan buat macam ni. Istighfar abang.
Kita bincang dulu. Abang tak kesian ke dengan Aimy. Kita ni ibu bapa
dia. Saya yang lahirkan dia. Mungkin semua ni memang bukan salah Aimy,”
Pn.Aisyah terus merayu suaminya itu. Alyaa ketika itu telah mendapatkan
Aimy. Pn.Aisyah juga ingin melakukan perkara sama namun suaminya pantas
sekali lagi menghalang. Tiada siapa yang berani menghalang tindakan
En.Bakri lantaran mereka tahu akan sikap berang lelaki itu.
“Awak
jangan nak pergi dekat budak sial tu. Kalau awak nak jadi sama macam
Aimy awak cubalah langkah keluar dari pagar ni. Kau Aimy, mulai hari ni
aku haramkan kau pijakkan kaki dekat rumah aku. Sekali lagi aku nampak
muka kau aku bunuh kau. Aku nak kau pergi dari sini dengan kawan baik
yang bela sangat kau tu. Kalau kau mampus lagi baik,” En.Bakri bekata
tanpa berfikir apa-apa lagi. Perasaan marah lebih menguasai dirinya.
Pandangan mata saudara mara yang masih ada langsung tidak dihiraukan.
Tiada siapa yang berani menghalangnya. Pantas dia menutup pintu pagar
dan menarik tangan isterinya masuk ke dalam. Pn.Aisyah pula telah
menangis dengan nasib anaknya itu. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Aimy bertambah sebak. Dirinya terasa amat terbuang. Titisan air hujan
yang lebat seakan turut sama menangisi nasib dirinya ketika itu. Kakinya
seakan dipaku di atas jalan. Luka dikepalanya seakan tidak wujud
langsung. Alyaa cuba membangunkan Aimy. Dia terkejut melihat darah masih
mengalir di dahi kiri gadis itu.
“Ya Allah Aimy. Kepala kau
masih berdarah ni. Jom aku hantar kau pergi klinik. Bahaya. Dahlah tu
Aimy. InsyaAllah lambat-laun ayah kau akan maafkan kau. Keadaan kau
lebih penting sekarang ni. Walaupun keluarga kau dah buang kau, aku akan
tetap ada disisi kau selamanya,” Alyaa memujuk lembut. Aimy pantas
merangkul sahabat baiknya itu. Alyaa mengusap-ngusap belakang Aimy. Dia
benar-benar sayangkan Aimy. Gadis itu umpama adik kandungnya sendiri.
Dia sendiri sebatang kara di dunia ini. Sejak kecil dia dibesarkan di
rumah anak yatim semenjak kematian ibu bapanya.
‘Ya Allah.
Lindungilah sahabatku ini. Aku amat sayangkan dirinya. Tabahkanlah
hatinya melalui hari-hari yang mendatang,’ Alyaa berdoa di dalam
hatinya. Hari itu terasa begitu panjang sekali.
_______________________
PANGGILAN
telefon yang berbunyi nyaring menyedarkan Akif yang sedang khusyuk
membuat kerjanya di pejabat. Sebaik melihat nama ibunya yang tertera
pantas panggilan disambut. Dia amat rindukan ibunya itu yang jauh berada
di Malaysia.
“Assalamualaikum mama. Mama sihat? Rindunya Kif
dekat mama. Ada apa mama telefon Kif ni?” Akif menyoal manja mamanya
itu. Telah hampir sebulan lebih dia meninggalkan bumi Malaysia.
“Waalaikumusalam. Mama sihat.Kif cakap rindu dekat mama tapi tak
reti-reti ke nak call sini,” Tengku Mastura sempat menyindir anaknya
itu. Akif pula telah tersengih-sengih. Memang salah dia pun. Semanjak
sampai di sini, dia tidak menghubungi lagi ibunya.
“Haha. Kif sibuklah ma. Banyak benda yang nak kena urus. Nanti hari-hari Kif call mama yea,” Akif membalas kata-kata ibunya.
“Amboi. Hari-hari nak telefon sini. Mahu melambung bil tu nanti,” Kata-kata ibunya hanya disambut dengan ketawa panjang.
“Untuk mama Kif sanggup. Bil mahal takpe. Claim je semula dengan papa
nanti, haha. Hah ma, lupa nak tanya. Macam mana perkahwinan Dani tu?”
Akif tiba-tiba teringatkan sepupunya. Senyuman sinis serta-merta
terukir.
‘Agaknya apa ye reaksi Dani bila tau isteri dia dah ditebuk tupai,’.
“Mama nak cakap pun serba-salah ni. Diorang tak jadi kahwin Kif.
Pompuan tu dah mengandung. Entah anak siapa pun tak tau. Kesian Pak Long
kamu tanggung malu. Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang,”
Tengku Mastura meluahkan kekesalannya. Kata-kata itu menyentak perasaan
Akif.
‘Dia mengandung? Anak aku ke.Tak mungkin. Aku dah pakai
protection masa tu takkan boleh jalan jugak. Tapi memang aku orang first
sentuh dia. Boleh jadi jugak itu anak aku. Ya Allah,’ Akif terasa
kusut.Perasaan bersalah datang bertimpa-timpa.
“Hello Kif. Are
you there? Dengar tak mama cakap ni. Kifff,” Tengku Mastura berasa
hairan apabila anaknya itu tiba-tiba mendiamkan dirinya.
“Ye. yea
mama. Kif ada lagi kat sini. Kif check fail ni kejap tak sedar. Eh,
oklah mama. Mesyuarat dah nak mula ni. Lain kali Kif call mama pulak
yea. Bye. Assalamualaikum,” Akif pantas memutuskan talian sebaik
salamnya dijawab. Dia hanya memberi alasan kononnya ada mesyuarat untuk
melarikan diri. Pelbagai persoalan berada di benaknya kini. Pantas dia
mencapai kunci kereta di atas meja. Terasa begitu panas sekali berada di
dalam pejabatnya walaupun aircond terpasang.
Kereta yang dipandu
Akif meluncur laju di jalan raya. Dia masih tidak dapat melupakan
kata-kata ibunya itu. Terbayang-bayang di ruang matanya wajah sendu Aimy
Nisrina sewaktu kejadian hitam tersebut. Perasan kesalnya mula timbul.
Dia sedar dia bersalah dalam hal itu. Kerana dendam, maruah gadis itu
menjadi taruhan. Akif masih termenung sehingga dia tidak sedar keretanya
itu sudah mamasuki lorong lain. Bunyi hon yang nyaring kembali
menyedarkannya namun ternyata dia telah terlambat. Keretanya itu telah
bertembung dengan treler yang panjang. Akif sudah tidak sedar apa-apa
lagi setelah itu.
________________________
4 tahun kemudian….
KERETA
Proton Alza berwarna putih dipandu perlahan masuk ke pekarangan rumah.
Sebaik sahaja turun dari kereta, seorang kanak-kanak yang berusia
linkungan 3 tahun pantas memeluk pemandu kereta tersebut.
“Mama,
mama. Rindu mama,” Kanak-kanak itu mengadu manja pada ibunya. Aimy hanya
tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Aryan Fikri Bin Abdullah.
Itulah nama yang diberikan setelah melahirkannya 3 tahun yang lalu.
Pantas kanak-kanak comel itu didukung dan dicium.
“Aryan rindu mama ea. Nakal tak hari ni?” Aimy bertanya sambil mendukung anaknya itu.
“Tak. Aryan anak baik,” Aryan menjawab dengan sedikit pelat.
“Betul ni. Kak jan, Aryan tak meragam ke hari ni?” Aimy pantas bertanya
pada Farizan yang merupakan jirannya. Farizan yang menjaga Aryan
apabila dirinya dan Alyaa pergi bekerja. Kesemua anak-anak Farizan telah
bersekolah memudahkan dirinya menjaga Aryan. Aimy bersyukur dikurniakan
jiran sebaik Farizan dan suaminya Nazrin kerana mereka berdua banyak
membantu dirinya dan Alyaa semenjak mereka pindah ke situ 4 tahun yang
lalu. Farizan dengan rela hati membantu dirinya tanpa mengambil sebarang
upah.
“Tak Aimy. Aryan ni memang anak yang baik. Mudah sangat
nak uruskan dia. Aimy bertuah dapat anak sebaik Aryan,” Farizan menjawab
senang sambil tersenyum manis.
“Alhamdulillah. Hah, ni ada sikit
buah untuk kak Jan. Tadi Aimy beli lebih sikit,” Aimy pantas bersuara
sebaik teringat akan hal itu. Dia menurunkan Aryan dari dukungannya dan
terus mengambil buah-buahan tersebut di dalam kereta sebelum diserahkan
kepada Farizan.
“Terima kasih. Buat susah je Aimy ni,” Aimy sekadar tersenyum mendengar kata-kata Farizan.
“Apa pulak susah. Sikit je ni. Oklah kak, saya nak masuk dulu bersihkan
diri. Nak masak pulak nanti. Si Alyaa pulak pulang lewat sikit hari ni.
Saya pergi dulu yea,” Aimy meminta diri dari jirannya itu.
“Pergilah masuk. Bye Aryan. Esok jumpa dengan auntie Jan pulak tau,”
Kata-kata Farizan di sambut dengan lambaian oleh Aryan. Selepas itu, dia
hanya melihat kelibat Aimy dan Aryan menghilang disebalik pintu masuk
rumah.
MALAM itu, Alyaa dan Aimy melepak santai di ruang tamu
rumah mereka. Aryan pula sedari awal lagi sudah tidur. Aimy hanya
melihat kosong ke arah televisyen yang terpasang. Fikirannya ketika tu
melayang ke lain. Alyaa menyedari gelagat rakannya itu.
“Kau ni kenapa Aimy? Ada masalah ke?” Alyaa menyoal rakannya itu.
“Takde apa. Aku cuma ingat cerita lama je,” Aimy menjawab.Pelbagai
persoalan berada dibenaknya kini. Permintaan dari anaknya amat
melemaskan.
“Kau fikir tentang apa yang Aryan cakap ke?” Alyaa masih menyoal. Anggukan Aimy disambut dengan keluhan.
“Kau tak payah bimbang. Aryan tu kecik lagi. Lama-lama dia lupalah apa
yang dia cakap,” Alyaa berusaha menenangkan Aimy. Aimy sekadar mengeluh
panjang.
“Aku tak taulah Lya. Dah banyak kali dia tanya tentang
papa dia. Dah banyak kali jugak aku tipu dia. Dia kecik lagi. Aku tau
kasih-sayang aku saja tak cukup untuk dia. Dia perlukan ayah,” Aimy
menyuarakan apa yang ada dibenaknya.
“Aku pun tak tau apa nak
cakap. Kata-kata kau tu betul. Aku nak tanya ni dan aku harap kau tak
marah. Apa kau nak buat kalau tiba-tiba ayah Aryan muncul?” Alyaa
menyoal perlahan.
“Aku bunuh dia,” Sebaik mendengar kata-kata selamba Aimy, Alyaa terus membeliakkan matanya.
“Kau biar betul,” Alyaa bersuara bimbang. Aimy yang melihat reaksi Alyaa telah ketawa terbahak-bahak.
“Haha. Kau ni takkanlah aku nak buat apa yang aku cakap. Aku pun tak
tau macam reaksi aku kalau jumpa dia. Dah 4 tahun Lya. Aku pun tak kenal
siapa dia. Tapi muka dia masih kuat dalam ingatan aku,” Aimy bersuara
penuh perasaan. Alyaa pula menepuk-nepuk bahu rakannya itu.
“Dahlah. Aku malas nak fikir semua ni. Baik tidur dulu. Esok kan dah
janji nak bawak Aryan pergi Danga Bay. Ngantuk pulak esok. Aku masuk
bilik dulu,” Tanpa menunggu balasan Alyaa, Aimy terus melangkah ke dalam
biliknya tidurnya bersama Aryan.
Aimy masih memikirkan kata-kata
sahabatnya itu. Pantas dia melihat pada Aryan yang sedang lena. Wajah
comel anaknya diperhatikan. Entah menyapa rasa sebak menyapa diri. Wajah
mereka amat sama. Rambut yang keperangan, hidung mancung, kening yang
tebal disampin anak mata berwarna hazel itu memang sama dengan lelaki
itu. Walaupun hanya sekali berjumpa wajah itu tetap utuh diingatannya.
Perlahan-lahan mutiara jernih mengalir dari matanya. Peristiwa-peristiwa
yang berlaku 4 tahun lalu barlayar-layar difikirannya. Ingatan Aimy
terngarah pada ibu bapanya. Sudah 4 tahun mereka tidak berjumpa. Rasa
rindu ditahan. Tidak mungkin dia memunculkan diri di depan mereka
setelah apa yang diperkatakan ayahnya dulu. Dia benar-benar tidak
bersedia.
Malam semakin larut. Aimy pantas membaringkan dirinya
sebaik sahaja kepalanya berdenyut-denyut dan pandangan sedikit kabur.
Sudah acap kali dia mengalami situasi itu. Sesuatu perkara yang
dirahsiakan dari pengetahuan sahabat karibnya sendiri. Pantas dia
memejamkan matanya menahan kesakitan. Kesakitan yang dirasainya sejak
dulu hanya dipendam seorang diri. Lenanya pada malam itu ditemani dengan
bayangan silam yang menjelma.
_____________________
KELAKUAN
En.Bakri hanya diperhatikan oleh isteri dan anak sulungnya. Mereka tahu
En.Bakri menyesal dengan apa yang terjadi namun perkara itu sudah tidak
dapat diubah lagi. Fikiran Syaheem melayang pada peristiwa 3 tahun yang
lalu. Sebaik pulang dari United Kingdom, dia terkejut sakan dengan apa
yang dimaklumkan oleh ibunya. Kejadian yang menimpa satu-satunya adik
kandungnya itu amat menyayat hati. Puas disoal tindakan melulu yang
diambil dari En.Bakri namun dia hanya mendapat tekingan dari ayahnya.
En.Bakri masih terus menyalahkan Aimy dengan apa yang berlaku
sehinggalah kehadiran Tengku Akif Amsyar 2 tahun yang lalu.
Sebaik mendengar cerita yang sebenar, lelaki itu dipukul separuh mati
oleh ayahnya. Akif langsung tidak mempertahankan dirinya lantaran tahu
dirinya bersalah. Dari apa yang dilihatnya dia tahu jejaka itu
benar-benar telah insaf dan ingin bertanggungjawab. Lelaki itu sendiri
telah mendapat balasan dengan apa yang dilakukan. Dirinya telah ditimpa
kemalangan sehingga koma selama 3 bulan. Bukan itu sahaja, lelaki itu
turut hilang keupayaannya untuk berjalan. Setelah 2 tahun menjalani
terapi, lelaki itu telah pulih walaupun masih terkecok-kecok berjalan.
En.Bakri amat marah kerana setelah 2 tahun dia menghalau Aimy barulah
lelaki itu muncul. Sesalan dirinya membuak-buak.
Berkali-kali
Akif datang memohon kemaafan dari keluarganya. Dia dan ibunya telah
memaafkan lelaki itu. Seberat mana salah lelaki itu mereka tetap tidak
dapat menahan takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang
menimpa adik kesayangannya. Akif juga telah berjanji untuk mencari Aimy
dan membawa pulang semula gadis itu. Mereka sekeluarga juga telah
berusaha mencari Aimy namun hingga kini tidak berhasil. Gadis itu
benar-benar mengotakan apa yang En.Bakri mahu. En.Bakri pula yang masih
sebal untuk memaafkan jejaka yang ternyata amat ikhlas untuk
bertanggungjawab itu. Syaheem masih memerhati gelagat ayahnya yang masih
ralit membelek album gambar Aimy.
“Dahlah tu yah. Ayah tengok
beratus kali pun gambar Aimy dia tetap takkan balik. Kalau ayah tak
terburu-buru dulu, semua takkan jadi macam ni. Sesal dah takde guna,”
Syaheem berkata selamba apa yang berada dibenaknya. Ibunya sekadar
mendiamkan diri.
“Ayah tahu semua ni salah ayah. Kau tak payah
cakap berkali-kali. Ayah tau,” En.Bakri berkata sebak. Perlahan-lahan
air mata tuanya mengalir. Pantas dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia
tidak betah lagi berada di depan anak dan isterinya itu. Beribu sesalan
yang dia rasakan.
_______________________
TENGKU Akif
Amsyar berjalan perlahan-lahan di sekitar Danga Bay. Dia kemari untuk
merehatkan fikirannya. Fikirannya teringat kembali akan seraut wajah
lembut itu. Aimy Nisrina. Sudah bertahun-tahun dirinya menjejaki gadis
itu untuk memohon sejuta kemaafan sekaligus untuk bertanggungjawab.
Sehingga kini pencariannya tidak berhasil. Dia berasa amat letih untuk
menjejaki gadis itu. Lamuman Akif terhenti apabila dia melihat kelibat
seorang kanak-kanak lelaki yang menangis sambil duduk. Entah mengapa
dirinya amat tertarik dengan tangisan kanak-kanak itu. Pantas dia
mendekatinya.
Akif duduk di hadapan kanak-kanak itu. Ibu lelaki
itu tiada berhampiran. Mungkin kanak-kanak itu menangis kerana terpisah
dari ibunya. Sebaik terasa akan kehadiran seseorang, kanak-kanak itu
pantas mengangkat wajahnya. Akif terkedu. Wajah itu benar-benar
miripnya. Dirinya tersedar sebaik terasa pelukan dari kanak-kanak
tersebut yang masih menangis. Pantas dia mendukung kanak-kanak itu dan
berusaha menenangkannya. Dirinya berasa amat tenang sekali dengan
pelukan dari kanak-kanak itu. Setelah beberapa ketika kanak-kanak itu
berhenti menangis. Wajah comel yang masih berada dalam dukungannya
dipandang.
“Kenapa nangis ni sayang? Tak hemsem tau kalau orang
laki nangis.” Akif memujuk lembut kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu
melihat Akif dengan mata bulatnya. Akif turut melakukan perkara sama.
Dia seakan melihat dirinya sewaktu kecil dahulu. Memang copy-paste
sebijik.
“Aryan nak mama. Mana mama?” Kanak-kanak itu menjawab dengan suara yang pelat dan serak.
“Owh, sayang cari mama ea. Jangan nangis yea. Nanti mama datang ambik Aryan,” Akif terus melayan kanak-kanak tersebut.
“Tu mama. Mama datang,” Aryan berkata sambil menunjuk ke satu arah.
Akif pantas berpaling ke arah yang ditunjuk. Kelihatan seorang wanita
bertudung biru lembut berjalan ke arahnya. Dia memerhati wanita itu
dengan penuh minat.
Aimy yang melihat Aryan yang sedang didukung
oleh seorang lelaki pantas melangkah ke sana. Sudah beberapa detik
dirinya mencari anaknya yang hilang. Air matanya sedari tadi belum
berhenti mengalir. Sebaik tiba di hadapan jejaka itu, pantas dia
mengambil Aryan ke dukungannya. Anaknya itu dicium bertalu-talu. Akif
pula telah membuntangkan mata. Dia kenal wanita itu walaupun wanita itu
kini memakai tudung.
“Aimy. Aimy Nisrina kan. Ya Allah ni
betul-betul awakkan?” Kata-kata dari jejaka yang menyelamatkan anaknya
membuatkan Aimy pantas berpaling. Dia terkedu. Wajah itu. Pantas dirinya
teringat kata-kata yang dilontarkan Alyaa semalam. Kini dia benar-benar
menghadapi situasi itu. Jejaka di depan matanya itu telah mengalirkan
air mata. Doanya siang malam telah dimakbulkan. Dia pantas melutut di
depan wanita itu. Aimy pula terkedu dengan reaksi lelaki itu.
“Aimy. Ampunkan saya. Tolonglah ampunkan saya. Saya tahu besar dosa pada
awak dan ianya tidak terampunkan. Saya mohon maafkan saya. Dah
bertahun-tahun saya cari awak. Dah lama saya tunggu detik ini. Tolonglah
maafkan segala khilaf saya dahulu,” Akif bersuara sebak sambil terus
melutut di depan wanita itu. Pandangan mata orang yang lalu lalang
langsung tidak dihiraukan. Aimy terkejut melihat perlakuan Akif. Terkedu
dirinya melihat air mata yang mengalir dari jejaka itu. Pantas dia
berpaling. Dia mahu pergi dari situ. Akif yang melihat Aimy melangkah
pantas bangun untuk mengikut gadis itu.
Alyaa sekadar mendiamkan
diri apabila melihat Aimy berjalan ke arahnya. Dia nampak segala yang
berlaku. Terkejut juga dirinya melihat air mata yang mengalir dari
jejaka yang begitu asing dari pandangan matanya.
“Kenapa ni Aimy.
Siapa lelaki tu?” Alyaa pantas bersuara sebaik Aimy sampai di depannya.
Dilihat jejaka itu masih berjalan ke tempat Aimy dan dirinya berada.
Pantas Aimy menarik tangannya dengan Aryan yang masih didukungannya.
“Jom balik. Kau lambat aku tinggal,” Aimy bersuara lantas terus
berlari-lari anak ke kawasan keretanya terparkir. Alyaa yang
terpinga-pinga sekadar mengikut rentak sahabatnya.
“Aimy tunggu
dulu. Banyak lagi yang saya nak cakap dengan awak. Tolong dengar dulu.
Aimy,” Jejaka itu masih berusaha menarik perhatian Aimy.
“Aimy,
lelaki tu panggil kau tu. Dia masih kejar kita,” Alyaa bersuara sebaik
melihat kelibat lelaki itu yang sedang berusaha melintas jalan. Mereka
kini telah berada di dalam kereta.
“Kau jangan tanya apa-apa.
Senyap je,” Aimy bersuara sedikit marah. Selepas itu, dirinya terganggu
dengan bunyi suara riuh rendah.
“Ya Allah, dia accident Aimy. Apa
yang kau dah buat,” Kata-kata Alyaa ternyata mengejutkan Aimy. Pantas
matanya melihat ke tengah jalan. Jelas kelihatan kelibat Akif yang
terbaring. Aimy terkedu. Pantas dirinya keluar dari kereta dan melangkah
ke tempat itu. Akif yang melihat kehadiran Aimy bersyukur. Kesakitan
pada dirinya langsung tidak dirasai.
“Aimy ampunkan saya.
Tolonglah. Maafkan segala kesalahan saya. Izinkan saya bertanggungjawab
atas segala yang saya dah buat dulu. Tolong. Saya merayu,” Akif bersuara
terketar-ketar. Aimy yang melihat keadaan Akif ketika itu berasa sebak.
Air jernih pantas menuruni mukanya. Dia tersentuh dengan kata-kata maaf
lelaki itu.
“Sa..sss… saya maafkan awak,” Aimy berkata
tergagap-gagap. Kata-kata dari Aimy membuatkan Akif tersenyum lebar.
Perlahan-lahan matanya tertutup selepas itu. Dirinya telah pengsan.
______________________
AIMY
NISRINA hanya melihat tubuh lelaki yang masih terbaring di atas katil.
Tengku Akif Amsyar. Baru kini dia mengetahui nama lelaki itu. Aryan kini
berada di bawah jagaan Alyaa. Aimy sendiri tidak tahu mengapa dia masih
berada bersama lelaki itu. Aimy mengambil keputusan untuk pulang. Dia
tidak mahu bertembung dengan keluarga lelaki itu. Namun belum sempat dia
bangun, gerakan tangan Akif menyedarkannya. Dia tidak jadi melangkah
pergi. Akif perlahan-lahan membuka matanya. Sebaik melihat gerangan
insan di depan matanya, air matanya kembali mengalir. Dia tidak
menyangka wanita itu masih sudi menunggunya.
‘Sungguh mulia hatimu Aimy. Maafkan aku,’ Hatinya berbisik perlahan sambil matanya terus merenung gadis itu.
“Terima kasih sebab masih sudi tunggu saya. Terima kasih jugak selamatkan saya,” Akif bersuara perlahan.
“Memang dah jadi tanggungjawab saya selamatkan awak. Jadi dah tiba
masanya saya balik. Awak pun dah sedar. Saya pergi dulu,” Aimy pantas
bengun. Namum belum sempat dia melangkah, jejaka itu terlebih dahulu
memegang tangannya.
“Nanti dulu. Banyak lagi saya nak cakap
dengan awak. Saya merayu jangan pergi dulu,” Kata-kata Akif menghentikan
langkah Aimy. Dia mengeluh perlahan sebelum duduk semula. Akif ternyata
gembira dengan keputusan Aimy.
“Awak nak cakap apa. Saya kena balik. Anak saya dah tunggu saya,” Aimy berkata pantas.
“Awak dah betul-betul maafkan saya,” Akif menyoal buat sekian kalinya.
“Yea. Saya dah maafkan awak. Anggaplah semua tu dulu tak pernah
terjadi. Kalau saya masih marahkan awak dah tak guna. Tetap tak dapat
ubah semua yang dah berlaku,” Aimy bersuara sedikit beremosi. Air
matanya yang ingin menitis ditahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah.
“Terima kasih. Tapi saya mohon beri saya peluang untuk bertanggungjawab
atas apa yang berlaku dulu. Tolong beri saya peluang. Kahwin dengan
saya,” Akif bersuara ikhlas. Aimy pula membuntangkan matanya mendengar
kata-kata Akif. Pantas mata Akif direnung tajam.
“Berikan saya
sebab untuk apa saya kena kahwin dengan awak. Saya rasa tak perlu,” Aimy
berkata tegas sambil terus merenung mata jejaka itu.
“Saya dah
rampas maruah awak dulu. Biarlah saya bertanggungjawab. Kalau awak tak
nak pun fikirkan tentang Aryan. Dia anak sayakan,” Aimy ternyata
terkejut mendengar kata Akif.
“Macam mana awak yakin sangat Aryan anak awak. Saya tak cakap pun,” Aimy bersuara terketar-ketar.
“Memang tak ada orang cakap. Naluri saya kuat mengatakan dia anak saya.
Saya tengok muka dia pun saya dah tau. Awak sendiri fahamkan kata-kata
saya. Jadi tolong pertimbangkan permintaan saya,” Akif menerangkan
panjang lebar. Aimy pula menggelengkan kepalanya.
“Tak saya tak
setuju. Dia anak saya sorang. Awak takde hak nak mengaku dia anak awak.
Saya rasa cukup setakat ni je. Saya mintak diri dulu,” Aimy pantas
bangun namun Akif lebih tangkas. Sekali lagi tangan wanita itu
diraihnya.
“Tolong lepaskan tangan saya En.Akif Amsyar,”.
“Tak. Saya harap awak fikirkan kata-kata saya. Saya benar-benar ikhlas.
Saya dah lama cari awak. Saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Kita boleh
besarkan Aryan bersama-sama. Saya jugak ada hak. Tolonglah. Terima saya
jadi suami awak. Izinkan saya menebus segala dosa saya. Seumur hidup
saya menyesal dengan perbuatan saya. Saya mohon sangat-sangat,” Akif
bersuara sebak. Aimy pula telah mengalirkan air mata. Kata-kata ikhlas
Akif menyentuh hati wanitanya. Pantas tangannya direntap dan dia terus
berlari keluar dari wad itu. Dia benar-benar telah buntu.
Akif
hanya melihat tingkah Aimy. Perlahan-lahan telefonnya di sisi katil
dicapai. Nombor seseorang ditekan. Sebaik panggilan diangkat dia pantas
bersuara.
“Abang, saya dah jumpa dia. Nanti saya maklumkan semula
pada abang,” Akif pantas memutuskan talian sabaik kata-kata itu
dilafazkan.
‘Saya akan tetap cari awak walaupun awak lari beribu
batu pun dari saya. Saya takkan lepaskan awak. Saya janji selagi saya
bernafas, saya akan bahagiakan awak dan anak kita Aryan,’ Akif berbisik
perlahan pada dirinya. Dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakan.
______________________
TELAH
seminggu peristiwa itu berlalu. Namun sehingga kini Aimy tidak dapat
melupakan perkara tersebut. Masih berlegar-legar difikirannya wajah
mengharap Akif Amsyar. Dia sendiri buntu untuk membuat keputusan.
Matanya beralih pada Aryan yang sedang bermain mainan keretanya. Dia
bimbang dengan nasib anaknya jika sesuatu menimpa dirinya. Adakah dia
patut menerima lamaran Akif. Aimy gelisah. Kepalanya berdenyut kembali.
Berkerut dirinya menahan sakit. Dia tahu waktunya kian suntuk.
“Kau ok tak ni? Pucat sangat muka kau ni. Kau sakit ke. Sejak dua menjak
ni muka kau pucat sangat. Kau buat aku bimbanglah. Apa kata aku hantar
kau pergi klinik buat check up. Aku takut nanti semakin serius je,”
Lamunan Aimy terganggu dengan suara bimbang Alyaa. Dia pantas tersenyum
ke arah sahabatnya. Mana mungkin dia menceritakan mengenai dirinya.
“Aku takde apa-apalah. Pening sikit-sikit je ni. Kau tak payah bimbang,” Aimy bersuara pantas.
“Betul ni? Kalau kau sakit cakap kat aku. Jangan senyap pulak,” Alyaa telah dalam mood membebel pula.
“Yelah mak cik. Kau ni suka sangat membebel. Sesuai sangat dengan along
aku,” Aimy berkata selamba. Sejurus itu dia terdiam. Pantas ingatannya
kembali pada Syaheem, abang kandungnya. Turut tidak ketinggalan wajah
ibu bapa tercinta. Rasa rindu membuak-buat didadanya.
“Lya, aku
ada permintaan nak buat dengan kau ni,” Aimy bersuara perlahan. Alyaa
pantas melihat sahabatnya yang sedikit pelik itu.
“Apa dia? InsyaAllah kalau aku mampu aku tolong,” Alyaa menjawab.
“Kalau apa-apa jadi kat aku, kau janji yea jaga Aryan baik-baik. Tolong
sayang dia macam anak kau sendiri. Aku mohon. Tolong sampaikan salam
aku pada ibu, ayah dengan along aku. Cakap dekat mereka aku mintak maaf
banyak-banyak. Tak lupa jugak dekat Akif, ayah Aryan. Aku takut tak
sempat je. Aku jugak nak terima kasih banyak-banyak dekat kau sebab
susah senang aku kau sentiasa bersama aku. Aku sayang kau sangat-sangat
,” Aimy bersuara sebak. Alyaa yang mendengar kata-kata itu telah
mengalirkan air mata. Pantas Aimy diraih ke pelukannya.
“Aku tak
suka kau cakap macam ni. Kau ni kenapa Aimy. Macam nak tinggalkan aku
je,” Alyaa berkata sedih. Kata-kata Aimy mengganggu dirinya. Aimy pantas
tersenyum menutup kegundahan hati. Dia tidak mahu Alyaa mengesan
apa-apa pada dirinya.
“Aku tak apa-apalah. Saja je. Kau tak
payahlah emo sangat. Tak comel tau tengok kau ni. Eh, ada orang beri
salam tu. Cuba kau pergi tengok. Aku tak larat pulak nak bangun,” Aimy
cuba menceriakan suasana semula. Alyaa pantas melangkah ke arah pintu
sebaik mendengar salam yang bertalu-talu. Sebaik Alyaa melangkah, dahi
Aimy kembali berkerut. Rasa sakit di kepalanya semakin menyerang. Pantas
dia melangkah ke biliknya untuk mengambil ubat tahan sakit.
Alyaa melangkah keluar untuk melihat tetamu yang datang. Dia terkejut
melihat insan yang hadir. Akif Amsyar, ayah Aryan. Dia kenal jejaka itu.
Aimy telah menceritakan segalanya pada dirinya.
“Assalamualaikum
Lya,” Alyaa sekali lagi terkejut mendengar suara yang memberi salam.
Terus dia berpaling ke belakang Akif. Syaheem!!! Syaheem tersenyum manis
melihat ke arah Alyaa yang jelas terkejut melihat kehadirannya. Alyaa
sudah terpinga-pinga. Salam Syaheem dijawab perlahan. Kehadiran Akif,
Syaheem, ibu bapa Aimy dan juga dua pasangan suami isteri yang langsung
tidak dikenalinya benar-benar mengejutkan. Dia buntu untuk melakukan
langkah seterusnya namun kehadiran Aryan yang berlari sambil menangis
lebih menarik hatinya.
“Bu Lya. Mama…mmm..mama jatuh. Tolong
mama,” Aryan bersuara diselangi tangisan. Kata-kata dari Aryan ternyata
mengejutkan semua orang. Akif terlebih dahulu melangkah masuk diikuti
yang lain. Akif terperanjat melihat tubuh Aimy yang terbujur kaku di
depan sofa. Mukanya jelas kelihatan pucat tanpa darah.
“Ya Allah, anak aku,” Serentak En.Bakri dan Pn.Aisyah bersuara. Mereka terus mendapatkan Aimy.
“Semua sabar dulu. Kita hantar Aimy pergi hospital cepat.InsyaAllah dia tak apa-apa,” Syaheem bersuara menenangkan keadaan.
“Ya, kita perlu bawak Aimy ke hospital dulu. En.Bakri dengan Pn.Aisyah
sabar ye,” Tengku Mastura pula bersuara. Akif tidak berdiam diri lagi.
Pantas tubuh Aimy diangkatnya. Syaheem pula telah melangkah ke kereta.
Alyaa juga pantas bertindak. Aryan didukungnya. Entah mengapa kata-kata
Aimy terngiang-ngiang di telinga. ‘Apa maksud Aimy?’.
_____________________
AKIF
gelisah di depan unit rawatan rapi Hospital SS. Telah lama Aimy berada
di sana namun sehingga kini tiada khabar berita. Berulang-alik dirinya
ketika itu. Pn.Aisyah dan En.Bakri juga gelisah menantikan keadaan anak
mereka. Syaheem pula kelihatan lebih tenang sambil mendukung Aryan.
Alyaa sekadar mendiamkan diri disebelah Syaheem. Dia masih memikirkan
kata-kata akhir Aimy pada dirinya. Tengku Ismail Dan Tengku Mastura pula
cuba menenangkan ibu bapa Aimy. Mereka turut bimbang dengan keadaan
Aimy.
“Kif. Duduk dulu. Bertenang,” Syaheem bersuara. Sakit
kepalanya melihat gelagat Akif yang jelas ketara bimbang. Dia juga
bimbang dengan keaadaan adiknya namun dia hanya pura-pura bertenang.
Jika dia juga gelisah, memang kacau keadaan nanti. Akif pula terus
melabuhkan punggung di sebelah Syaheem. Mukanya diraut berkali-kali.
“Aryan nak mama,” Suara manja Aryan menyedarkan Akif. Pantas dia mengambil anaknya dari pangkuan Syaheem.
“Sabar ya sayang. Nanti mama jumpa dengan Aryan. Papa ada kat sini.
Papa akan jaga Aryan. Papa sayang Aryan. Maafkan papa sayang. Banyak
dosa papa pada mama,” Akif bersuara. Sebaik itu air matanya mengalir.
Pertama kali membahasakan dirinya papa kepada anaknya itu. Pipi Aryan
dikucup bertalu-talu. Perlakuannya itu ternyata mengharukan mata yang
memandang. Sejurus itu, pintu bilik unit rawatan rapi dibuka. Sebaik
melihat doktor melangkah keluar, mereka terus mendapatkan doktor itu.
“Anak saya macam mana doktor?” Pn.Aisyah pantas menyoal.
“Aimy baik-baik sajakan. Tak serius kan?” Akif pula menyoal. Doktor
yang memakai nametag Khairul itu menarik nafas sebelum menjawab. Dirinya
agak serba salah.
“Saya harap semua bertenang dulu. Keadaan Aimy
agak kritikal sekarang ni. Dia ada darah beku dikepala. Kesan dari
hentakan yang berlaku pada kepalanya beberapa tahun yang lalu. Aimy pun
dah lama tau perkara ini tapi dia mintak saya rahsiakan. Sepatutnya dia
melakukan pembedahan secepat mungkin tapi mungkin masalah kewangan
dihapinya. Sekarang ni keadaan dia dah parah. Peluang nak hidup kalau
operate cuma 50-50 je,” Penerangan panjang lebar itu mengundang kejutan
mereka yang mendengar. Syaheem, Tengku Ismail suami isteri telah
beristighfar panjang. Alyaa pula semakin lebat air mata yang mengalir.
Baru dia mengerti kata-kata sahabatnya itu. Pn.Aisyah pula telah
menggelengkan kepalanya. Akif sekadar berdiam diri.
“Semua ni
salah abang!!! Abang yang tolak Aimy dulu. Kalau tak semua takkan jadi
macam ni. Abang dah bunuh anak kita. Puas hati abang sekarang,”
Pn.Aisyah bersuara kerasukan. Badan suaminya dipukul bertalu-talu.
En.Bakri sekadar mendiamkan diri. Air matanya juga telah mengalir. Dia
tahu dirinya bersalah.
“Ibu, sabar. Istighfar. Ingat Allah bu,” Syaheem berusaha menenangkan ibunya.
“Betul kata ibu kamu Syah. Semuanya silap ayah. Ayah dah bunuh adik
kamu sendiri,” En.Bakri berkata sebak. Mukanya diraut berkali-kali.Air
mata sesalan membuak-buak keluar. Pn.Aisyah pula telah terduduk.
“Semua ni berpunca dari Kif. Kif yang salah. Kalau tak kerana dendam Kif
dulu, Aimy takkan jadi macam ni,” Akif pula menyalahi dirinya.
“Semua bertenang. Jangan macam ni. Aimy tentu tak suka kalau dia
tahu.Tolonglah bersabar,” Alyaa pula bersuara. Mereka diganggu dengan
kedatangan jururawat yang bertugas.
“Ermm, Cik Aimy nak jumpa
dengan semua. Keadaan cik Aimy agak nazak sekarang,” Semua yang
mendengar sekali lagi terkejut. Pantas mereka melangkah masuk ke dalam
wad yang menempatkan Aimy. Aimy yang melihat ahli keluarganya datang
telah menitiskan air mata. Dia bersyukur kerana masih berpeluang
berjumpa dengan mereka. Sedaya upaya dirinya cuba mengukir senyuman.
“Ibu ayah. Aimy rindu sangat-sangat dengan ibu dan ayah. Ampunkan
segala dosa Aimy ye. Halalkan segala makan minum Aimy selama ni,” Aimy
bersuara sebak. En.Bakri dan Pn.Aisyah memeluk anak mereka itu.
“Aimy tak salah nak. Ayah yang salah. Maafkan ayah. Maafkan ayah Aimy,” Kata-kata En.Bakri disambut gelengan oleh Aimy.
“Shh.. Ayah tak salah. Semua ni dah memang takdir Aimy. Aimy redha.
Along, tolong jaga ibu dengan ayah tuk Aimy ye,” Aimy pula bersuara
sambil memandang Syaheem. Syaheem hanya menganggukkan kepalanya. Terasa
begitu sebak untuk bersuara.
“Lya, kau ingatkan apa yang aku pesan tadi?” Aimy mengalihkan pandangan pada sahabat karibnya yang tiada galang gantinya itu.
“Aku janji Aimy. Aku janji,” Alyaa menjawab teresak-esak. Aimy mengukir senyuman manis pada semua disekitarnya.
“Akif, janji dengan saya ye. Tolong jaga Aryan baik-baik. Tolong
sayangkan Aryan sepenuh hati awak. Maafkan saya kerana tak dapat penuhi
permintaan awak. Saya tak mampu,” Aimy meminta pada Akif sambil
memandang tepat pada mata itu. Akif mengangguk-ngangguk. Air matanya
usah dikira berapa banyak telah mengalir. Aryan didukungan Akif juga
telah menangis memanggil-manggil mamanya. Seakan tau dirinya akan
ditinggalkan.
“Shh. Anak mama jangan nangis. Aryankan dah janji
dengan mama tak nak nangis. Aryan kena kuat. Kena jadi anak yang soleh.
Ni papa Aryan sayang. Mamakan dah janji nak bawak Aryan jumpa papa.
Aryan tak boleh nangis lagi tau. Mama sayang Aryan,” Aimy terus memeluk
dan mencium anaknya sebaik berkata-kata. Selepas itu, dadanya berombak
deras. Terketar-ketar dirinya menahan kesakitan. Semua bertambah cermas.
Perlahan-lahan mata Aimy tertutup. Segalanya padam.
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata
AIR mata yang mengalir di pipi Akif pantas dikesat perlahan. Penyesalan sudah tiada guna lagi.
____________________
SAYU
suara Akif membaca kitab suci itu. Surah Yasin di baca perlahan. Sebaik
selesai dia terus menutup kitab suci itu. Tangannya mencapai jag berisi
air dan dia terus menyiram ke kuburan dihadapannya. Perbuatan itu
diteruskan oleh Aryan Fikri yang kini berusia 6 tahun. Setelah selesai
dia terus meminpin tangan anaknya ke kereta yang diparkir di luar
kawasan perkuburan. Dia sempat mendoakan sejahteraan pada si mati
sebelum melangkah keluar.
“Sayang okay tak ni?” Akif menyoal
bimbang pada isterinya yang menunggu di dalam kereta. Wajah isterinya
agak pucat ketika itu. Pembawakan budak. Kandungan isterinya itu baru
berusia 3 bulan.
“Aimy okay. Abang tak payah risau,” Aimy
menjawab tenang pertanyaan suaminya. Sekilas matanya memandang ke
kawasan perkuburan. Rasa sayu menyapa hatinya. Telah 1 tahun lebih
ayahnya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung. Dirinya juga
ingin sama-sama menghadiahkan bacaan Yasin di kuburan ayahnya namun
pening yang tiba-tiba datang membantutkan hasratnya.
“Kenapa
sedih ni? Rindukan ayah ye?,” Akif masih menyoal. Arif benar dengan riak
wajah isterinya. Aimy Nisrina telah dinikahinya 2 tahun yang lalu.
Siapa sangka pembedahan untuk membuang darah beku itu berjaya dilakukan.
Dia benar-benar bersyukur. Aimy hanya pengsan ketika itu. Mereka semua
telah menyangka Aimy telah pergi. Hanya saspen semata-mata. Dia juga
amat mencintai isterinya. Pernikahan yang pada awalnya atas dasar
tanggungjawab berakhir dengan rasa cinta membuak-buak pada isterinya.
“Hmm, tiba-tiba Aimy rindukan arwah ayah. Kitakan tak sempat jumpa ayah
masa ayah hembuskan nafas terakhir. Aimy masih terkilan sikit,” Aimy
menyuarakan rasa hati pada suami tercinta. Air matanya mengalir.
Sememangnya ketika itu mereka sedang menunaikan umrah bersama.
“Shh. Tak baik macam ni sayang. Sekarang ni kita kena berdoa agar arwah
ayah tenang di sana,” Akif memujuk sambil memeluk isterinya. Pantas air
mata isterinya diseka.
“Ehem-ehem. Mama dengan papa tak habis
lagi ke? Tadikan dah janji nak bawak Aryan pergi makan KFC. Bila nak
pergi ni?” Aryan yang sedari tadi memerhati pantas bersuara. Bosan dia
menunggu. Sudahlah mama dan papanya beromantika di depan mata. Sabar je.
Dia masih bawah umur tau!!
“Eh,, ada budak tu dah merajuk la.
Ololo.. Siannya anak papa. Okaylah kita bertolak sekarang. Nanti ada
budak tu muka dia tukar jadi asam kecut pulak, haha” Akif mengusik
anaknya. Aimy di sebelah telah ketawa. Kelakar melihat wajah cemberut
anaknya. Kereta meluncur perlahan di jalan raya.
“Papa jahat. Tak
nak kawan papa,” Aryan bersuara merajuk. Pantas tangannya mencubit
papanya. Terjerit kecil Akif dengan gelagat anaknya. Aimy pula masih
terusan ketawa. Dia benar-benar bahagia kini dengan kehidupannya.
Dikurniakan suami penyayang dan anak yang mendengar kata merupakan satu
anugerah buatnya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk merasai semua
ini, kini dia benar-benar bersyukur. Tamat….
*selamat membaca yea J.